Tuesday, January 10, 2012

ARE YOU SURE YOU WANT TO BECOME LIKE ME?



Gambar ini diambil di kawasan tapak letak kenderaan OKU di Maybank cawangan Alam Mesra. Kredit kepada rakan saya Samri dan Mosmin kerana telah mengambil gambar ini. Page ini bukan untuk mempromosi kereta Gen 2 Proton, tapi sekadar ingin berkongsi dengan rakan-rakan lain tentang attitude masyarakat kita terhadap kemudahan OKU di tempat awam.


Pada masa tersebut rakan saya Samri (pengguna kerusi roda) bersama Mosmin telah pergi ke Maybank cawangan Alam Mesra, tapi berasa kecewa kerana tapak letak kereta yang dikhaskan untuk kenderaan OKU telah diambil oleh pemandu yang bukan OKU. Mereka terpaksa menunggu sehingga tuan punya kereta Gen 2 yang jelasnya bukan OKU, untuk beredar, barulah mereka dapat meletakkan kereta dan turun untuk berurusan dengan pihak Maybank. Masyarakat harus sedar bahawa tapak letak kenderaan OKU ini bukan hanya disediakan supaya OKU itu mudah mendapat ruang parking sahaja, keluasan tapak tersebut membolehkan seorang pengguna kerusi roda mempunyai ruang yang cukup untuk membuka pintu, menurunkan kerusi rodanya dan pindah ke kerusi roda tersebut. Namun, attitude masyarakat yang tidak peka dan sanggup untuk menggunakan kemudahan OKU untuk keselesaan sendiri. Seperti yang diunggapkan oleh Peter Tan dalam blog beliau di bahagian HALL OF SHAME "Pray very very hard that you never ever officially qualify to use these parking spaces."


Walaubagaimanapun, tidak dinafikan kemudahan OKU seperti slope membolehkan pengguna kerusi roda akses ke dalam bank dan layanan yang mesra yang mengutamakan OKU oleh kakitangan Maybank telah banyak membantu proses pengurusan Samri pada hari tersebut. Saya telah difahamkan bahawa pihak Maybank sedang melakukan anjakan paradigma berkenaan fasiliti dan perkhidmatan mereka ke arah yang lebih baik lagi dengan menumpukan pada kebolehaksesan. Usaha ini sedang dijalankan secara berperingkat dengan menaiktarafkan cawangan-cawangan Maybank yang terpilih di seluruh negeri. Sehubungan dengan itu, saya telah menghantar gambar-gambar di atas kepada En Goh, Channel Development Officer (Maybank), dan beliau telah berjanji untuk melakukan tindakan yang sesuai berkenaan perkara ini.


Secara peribadi, saya cadangkan agar pihak pengurusan Maybank melakukan penguatkuasaan dengan hanya membenarkan kenderaan yang mempunyai pelekat OKU sahaja untuk meletakkan kenderaan di tapak letak kenderaan OKU tersebut. Of course, pihak bank harus meletakkan seorang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan penguatkuasaan tersebut seperti seorang security guard sebab kita semua sudah sedia maklum dengan attitude masyarakat kita yang tidak akan gentar kalau sekadar meletakkan amaran secara bertulis.


Apa pun, saya percaya pihak Maybank melalui En Goh akan melakukan yang terbaik dalam usaha mereka untuk menaiktarafkan kemudahan Maybank khususnya dalam isu kebolehaksesan.





2 comments:

  1. 1. Kebimbangan terasa bila lihat warna kereta dlm gambar sama dgn kereta saya. Kebimbangan meningkat bila plat no SB, namun reda sedikit bila lihat no tak sama dengan kereta saya.

    2. Padangan saya dari sudut bukan OKU, saya rasa, saya juga akan berbuat demikian jika saya tidak terlibat dgn komuniti OKU sebab tiada/kurang maklumat/pengetahuan/kesedaran diakibatkan oleh diri sendiri dan faktor luaran berkaitan dengan hak dan isu OKU.

    3. Keadaan ini perlu diberi perhatian memandangkan daripada gambar ini, kita boleh buat kesimpulana awal bahawa sikap masyarakat bukan OKU terhadap OKU masih berada pada tahap rendah namun saya yakin boleh dibaiki dan ditingkatkan.

    4. Justeru, OKU dan bukan OKU (masyarakat, institusi, perseorangan, kerajaan, media) perlu berganding bahu mendukung hak, peruntukan etc. yg dah ada dalam Akta OKU 2008.

    5. Rakan2 OKU, jom kita keluar bertemu dgn masyarakat dan tunjukkan kita pun sama dengan mereka (bukan OKU) yg inginkan hubungan, interaksi, kesaksamaan, access, penghargaan, penerimaan, sokongan etc.

    6. Tidak mustahil pada suatu hari nanti (tak tahu bila, mudah2an lebih awal), kesedaran masyarakat awam bukan OKU dan komuniti OKU sendiri setaraf dan lebih baik dari negara maju dari segi concern OKU spt. Jepun dan negara2 lain.

    3.

    ReplyDelete
  2. iya kan, ingatkan kereta doktor psychology tadi hehehe...

    Tidak dinafikan memang sudah menjadi kebiasaan masyarakat untuk memandang isu fasiliti OKU ini sebagai isu yang remeh dengan alasan bahawa tidak ramai OKU yang akan keluar dari rumah dan menjalani hidup macam orang lain. Ketahuilah, bahawa menurut WHO 10% daripada populasi sesebuah negara adalah OKU. Jika dihitung secara statistik terdapat lebih dari 300,000 penduduk di negeri Sabah ini adalah OKU. Dengan itu, sudah tiba masyarakat membuka mata, hati dan minda dengan menerima dan memandang OKU setaraf dengan orang lain disekeling mereka.

    ReplyDelete