April 2011, saya terima panggilan telefon dari seorang pensyarah Sekolah Psikologi UMS iaitu En Ferlis Hj Bahari (gambar tengah) yang sedang menjalankan kajian Phd mengenai Kebahagiaan OKU Fizikal. En Ferlis telah meminta izin untuk menjalankan temuramah dengan saya mengenai kehidupan OKU Fizikal untuk membantu dalam kajian beliau. Saya betul-betul excited bila dengar tajuk kajian yang sedang dijalankan oleh En Ferlis kerana ini merupakan kali pertama dalam hidup saya diminta oleh seorang ahli akedemik untuk menyumbangkan maklumat tentang OKU untuk tujuan ilmiah. Kemudian saya telah diberitahu oleh beliau bahawa sepanjang pengetahuannya, belum ada lagi sesiapa yang tampil untuk menjalankan kajian berkenaan kebahagian oku fizikal secara kajian tempatan kerana selama ini maklumat-maklumat sebegini kebiasaannya diperolehi daripada hasil kajian daripada luar negara.
Due to the nature of my business, pelanggan-pelanggan yang saya temui sememangnya golongan kurang upaya fizikal yang memerlukan peralatan perubatan seperti kaki palsu, kerusi roda dan lain-lain lagi. Ini secara langsung telah memudahkan proses pencarian responden untuk membantu En Ferlis dalam mendapatkan maklumat dalam kajian beliau. En Ferlis juga telah melibatkan diri beliau dalam kumpulan Young Voices Sabah dalam usaha untuk memahami lebih dekat lagi tentang kehidupan OKU.
En Ferlis memberitahu saya bahawa beliau percaya dalam kesedihan dan kekurangupayaan OKU Fizikal, pasti wujud kebahagiaan....Secara peribadi saya yakin bahawa penemuan dari hasil kajian ini nanti pasti akan menyumbang sesuatu yang significant pada golongan kurang upaya.
Sehingga hari ini, En Ferlis masih lagi menjalankan kajian beliau dengan mengikut jadual bulanan perjalanan kami ke seluruh daerah dan bahagian negeri Sabah seperti Tenom, Keningau, Beaufort, Papar, Kota Belud, Kudat, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Tawau untuk bertemu dan memberi perkhidmatan kepada golongan kurang upaya.
Saya doakan agar En Ferlis dapat memperolehi hasil kajian yang berkualiti demi kebaikan OKU satu hari nanti dan memperolehi Phd beliau dalam masa yang ditetapkan. Insyallah...
Terima kasih atas kesudian sahabat saya Fariz selitkan info mengenai kajian PhD saya di blog beliau.
ReplyDeleteKali pertama saya berhubung dengan beliau melalui telefon pada 12 April 2011 di pejabat beliau (Kepayan), di fikiran saya, "Bagaimana saya nak bercakap dengan beliau", "Apa respon beliau terhadap saya", "Boleh tak beliau berkomunikasi dengan saya?", namun apabila berbual, saya merasakan tidak ada jurang perbezaan antara saya dan beliau sebagai OKU.
Pada 17 April 2011, saya telah bertemu dan menemubual beliau di rumah beliau (Kg. Likas). Kami telah berbual selama 2 jam.
Pada awal pagi 20 April 2011, saya telah menerima panggilan telefon dari beliau mengenai ajakan beliau kepada saya pergi ke Tenom berjumpa seorang OKU-F di sana. Saya berfikir,masa inilah peluang saya meneroka lebih mendalam mengenai kehidupan beliau. Yang menariknya, saya telah interview secara tidak henti-henti (sambil membuat rakaman suara) secara informal dengan beliau dari Kg Likas ke Tenom yang mengambil masa 3 jam dan balik dari Tenom ke Kg Likas 3 jam lagi. Beliau memandu kereta sedangkan saya sebagai penumpang. Pertama kali dalam hidup, saya jadi penumpang kepada seorang OKU-F.
Daripada situ, saya mula rapat dengan beliau dan juga rakan sekerja beliau iaitu Sdr. Kelinus dan Pn. Helena. Sehinggalah hari ini, saya telah meluangkan masa selama lebih dari 700 jam bersama-sama komuniti OKU-F Sabah.
Seperkara lagi saya nak kongsi; apabila kali pertama saya ajak beliau dan isteri beliau ke rumah untuk perkenalkan perniagaan parfum LeReve kepada saya dan isteri, sebenarnya isteri beliau merupakan rakan karib saya semasa kami bersekolah di SM ST Paul Beaufort. Bertambah lagilah rapat saya dan keluarga dengan mereka berdua.
Setakat ini dulu cerita dari saya dan akan menyusul insyaAllah.
Harapan Saya:
Saya harap banyak lagi kajian yang bakal dijalankan bukan sahaja ahli akademik malahan kepada OKU-Fizikal itu sendiri.
Thank you bro ferlis atas komen yang memberansangkan :)))))))))...
ReplyDeletesedar tak sedar saya dah luangkan 1035 jam bersama responden PhD saya dan komuniti OKU, harap perhubungan ini berkekalan dan dapat ditingkatkan, dan dapat selami kehidupan OKU-Fizikal dan kategori yg lain khususnya dlm aspek Psikologi Positif, hehe
ReplyDeleteKalau boleh tambah lagi 10ribu jam hehe
ReplyDeletetak perlu 10 ribu jam, kehidupan saya akan bersama-sama OKU sehingga akhir hayat in shaa Allah, hehe
ReplyDelete